Kita Manusia Semuanya Sama

Kita Manusia Semuanya Sama
JiwaTenangMindaGembira

Khamis, 12 Mac 2015

Kelebihan bukan Segalanya

Pilih sahabat bukan kerana kelebihannya,
Sebalik kelebihan itu tidak semuanya sempurna.

Bukan pula pada rupanya,
Setiap rupa indah itu tidak kekal selamanya, kian lama akan lesuh dan pudar akhirnya.

Bukan pula pada kekuatannya,
Setiap kekuatan yang ada itu tidak sentiasa ianya kuat,
tidak pula kekuatan itu boleh memakan yang lemah.


Mencari sahabat dan memilih sahabat biar ikhlas dari dasar lubuk hati,
Tanya hati bukan tanya pada nafsu,

Jangan Jadikan Sahabat tempat kita Menyelam sambil minum air,

Setiap adanya kekuatan pasti ada kelemahannya,
Setiap adanya kelemahan pasti ada kekuatannya,

Tidak semua perkara itu indah selamanya,
Ikhlas yang akan menjadikan semuanya indah belaka.

berkawan biar seribu,
kelak susah jangan tinggalkan,
bantu membantu janji setia,
kelak manfaat akhirat mendatang

Ubat diri















Aku suka dihina,
Kerana hinaan itu aku tahu kelemahanku.

Aku suka di caci,
Kerana cacian itu menyedarkan aku tidaklah sesempurna orang lain.

Aku suka dimarahi,
Kerana marahnya itu adalah teguran atas kesilapanku.

Aku suka ditegur,
Agar setiap langkahku perlu berhati-hati.


Tenang

Tekanan perasaan ?
Tekanan jiwa ?
Masalah datang bertubi-tubi tanpa henti?
Dua perkara yang tidak asing sering berlaku dalam hidup kita manusia, bukan?

Sabar..
Tenang..
Redhainya..

Hikmah pasti datang kelak..
Jangan menghukum pada kesalahan kita..

Jadilah seperti air sungai,
Sentiasa mengalir dek halangan batuan dan kayuan menyusuri ruangan sungai,
Air terus mara dan terus mengalir tanpa berhenti.
Jadilah kita seperti air.



Ahad, 15 Februari 2015

Air Mata "Emas"

Saat kau dilahirkan wahai anak,
Jatuh berguguran air mata ibu tanpa henti,
Terlihat seribu kegembiraan dalam tangisan ibu,
Penat lelah mengendong dikau tidak terkira akalmu wahai anak,
Saat kau menangis dia datang memujukmu,
Saat kau lapar dia datang membawa hidangan,
Saat kau sakit dialah doktormu,
Saat kau berjaya dialah orang pertama menitiskan air mata gembira,
Saat kau sedih dialah mengusap air matamu,

Jangan pernah malu ibumu miskin,
Jangan pernah malu ibumu cacat,
Jangan pernah malu ibumu tidak secantik mahligai

Ibulah tempat kita mengadu,
Ibulah tempat kita menangis,
Ibulah tempat kita bersedih,
Ibulah tempat kita bergembira.

Harapan ibu hanya satu,
Bukan pula mahukan anaknya kaya,
Bukan pula mahukan anaknya punya rumah besar,
Bukan pula mahukan anaknya punya kereta mewah,
Bukan pula mahukan anaknya menjadi CEO syarikat,

Ibu hanya mahukan anaknya berjaya,
Ibu hanya mahukan anaknya menjadi insan berguna kelak,
Ibu hanya mahukan anaknya menyayangi ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya cintakan ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya sentiasa berdamping dengan ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya berjasa kepada ibu,

Mohon maaflah kepada ibu selagi detik ajal belum tiba.
kasih ibu membawa syurga.




Hargai Orang

Sikapnya manusia tidak menghargai orang lain,
Sikapnya manusia memerlukan orang lain saat terdesak,
Sikapnya manusia sering melupakan orang lain,
Sikapnya manusia sering alpa pada jasa,

Kerana sikap ini kita bersendirian,
Kerana sikap ini kita disisih jauh,
Kerana sikap ini kita susah seorang diri,


Hargai orang seperti emas permata berharga,
Betapa bernilainya orang lain kepada kita,
Bukan pada mata, bukan pada hati,
Tapi pada ertinya kehidupan,
Tanpa mereka kita lemah,
Tanpa mereka kita gila,
Tanpa mereka kita hina,

Hargailah mereka yang pernah hadir dalam hidup kita walau pun ia datang membawa seribu kenangan pahit kerana mereka juga punya kenangan indah tanpa kita sedar.
Sebelum mata tertutup tidak terbuka, hargailah mereka
Sebelum hidung tidak bernafas lagi, hargailah mereka
Sebelum mulut tidak terbuka lagi, hargailah mereka,
Sebelum ajal datang menjemput, hargailah mereka

Ciptalah kenangan indah bukan jangka masa pendek,





Khamis, 12 Februari 2015

berTuankan Duit

Pasti sekecil kanak-kanak mengerti duit,
Mengerti kegunaanya duit,
Nilai duit adalah segalanya,
Merubah kehidupan perlukan duit,
Adanya duit boleh memiliki apa diingini hati,






Kerana Duit juga manusia berbalah,
Kerana Duit juga manusia semakin alpa kepada Tuhan,
Kerana Duit juga manusia hina menghina,
Kerana Duit juga manusia menindas yang lain,
Kerana Duit juga manusia alpa kepada Nikmat,
Inilah manusia apabila BerTuankan Duit dalam hidupnya.

" Mengisi tangki air yang bocor sehingga penuh "
Beginilah kehidupan manusia BerTuankan Duit,
Tangki bocor tidak dilihat janji ia penuh kelak,
Duit tidak akan habis ditimba,
Tidak pula lelah tangan mengenggam,
Tidak pula bosan mata memandang.

Kehidupan ini biarlah sederhana,
Agar tidak lupa akan Tuhan,
Agar tidak lupa akan nikmat dunia,
Agar tidak lupa akan mereka yang tidak bernasib baik,

Duit setinggi langit tidak menentukan seseorang itu mulia dan disegani, sebaliknya keperibadian dan kesederhaan itu menjadi nilai ukuran,

Kaya mana pun manusia,
Semewah mana kenderaan dipandu,
Sehebat mana baju jenama disarung,
Sebesar ladang rumah dibina,
Kelak,
Kita orang miskin di kubur,
Van jenazah kenderaan terakhir,
Kain kapan sarungan terakhir,
Hanya sebesar tubuh badan ruangan tidur selamanya.

Biarlah mencari duit sambil mencari keredhaan Illahi,
Duit banyak tidak berguna kalau tangan berat bersedekah.








Azam Sederhana

Tanamlah azam biar bersederhana,
Tidak dipinta setinggi langit,
Tidak dipinta sedalam lautan,
Kelak tinggi susah digapai,
Kelak dalam susah diselami,
Bersederhana sudah memadai,
Lebih dimulut tangan berlepas tidak berguna.





Kehidupan berupa sepohon kayu,
Ditiup angin bergoyang dedaun,
Batang kukuh dipacak bumi.

Azam seperti pokok buah-buahan,
Kelak dibaja membuah hasilnya,
Senyum terukir tanpa henti melihat hasil tanpa henti.