Jatuh berguguran air mata ibu tanpa henti,
Terlihat seribu kegembiraan dalam tangisan ibu,
Penat lelah mengendong dikau tidak terkira akalmu wahai anak,
Saat kau menangis dia datang memujukmu,
Saat kau lapar dia datang membawa hidangan,
Saat kau sakit dialah doktormu,
Saat kau berjaya dialah orang pertama menitiskan air mata gembira,
Saat kau sedih dialah mengusap air matamu,
Saat kau menangis dia datang memujukmu,
Saat kau lapar dia datang membawa hidangan,
Saat kau sakit dialah doktormu,
Saat kau berjaya dialah orang pertama menitiskan air mata gembira,
Saat kau sedih dialah mengusap air matamu,
Jangan pernah malu ibumu miskin,
Jangan pernah malu ibumu cacat,
Jangan pernah malu ibumu tidak secantik mahligai
Ibulah tempat kita mengadu,
Ibulah tempat kita menangis,
Ibulah tempat kita bersedih,
Ibulah tempat kita bergembira.
Harapan ibu hanya satu,
Bukan pula mahukan anaknya kaya,
Bukan pula mahukan anaknya punya rumah besar,
Bukan pula mahukan anaknya punya kereta mewah,
Bukan pula mahukan anaknya menjadi CEO syarikat,
Ibu hanya mahukan anaknya berjaya,
Ibu hanya mahukan anaknya menjadi insan berguna kelak,
Ibu hanya mahukan anaknya menyayangi ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya cintakan ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya sentiasa berdamping dengan ibu,
Ibu hanya mahukan anaknya berjasa kepada ibu,
Mohon maaflah kepada ibu selagi detik ajal belum tiba.
kasih ibu membawa syurga.
Mohon maaflah kepada ibu selagi detik ajal belum tiba.
kasih ibu membawa syurga.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)