Pasti sekecil kanak-kanak mengerti duit,
Mengerti kegunaanya duit,
Nilai duit adalah segalanya,
Merubah kehidupan perlukan duit,
Adanya duit boleh memiliki apa diingini hati,
Kerana Duit juga manusia berbalah,
Kerana Duit juga manusia semakin alpa kepada Tuhan,
Kerana Duit juga manusia hina menghina,
Kerana Duit juga manusia menindas yang lain,
Kerana Duit juga manusia alpa kepada Nikmat,
Inilah manusia apabila BerTuankan Duit dalam hidupnya.
" Mengisi tangki air yang bocor sehingga penuh "
Beginilah kehidupan manusia BerTuankan Duit,
Tangki bocor tidak dilihat janji ia penuh kelak,
Duit tidak akan habis ditimba,
Tidak pula lelah tangan mengenggam,
Tidak pula bosan mata memandang.
Kehidupan ini biarlah sederhana,
Agar tidak lupa akan Tuhan,
Agar tidak lupa akan nikmat dunia,
Agar tidak lupa akan mereka yang tidak bernasib baik,
Duit setinggi langit tidak menentukan seseorang itu mulia dan disegani, sebaliknya keperibadian dan kesederhaan itu menjadi nilai ukuran,
Kaya mana pun manusia,
Semewah mana kenderaan dipandu,
Sehebat mana baju jenama disarung,
Sebesar ladang rumah dibina,
Kelak,
Kita orang miskin di kubur,
Van jenazah kenderaan terakhir,
Kain kapan sarungan terakhir,
Hanya sebesar tubuh badan ruangan tidur selamanya.
Biarlah mencari duit sambil mencari keredhaan Illahi,
Duit banyak tidak berguna kalau tangan berat bersedekah.
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda amat bermakna