Kita Manusia Semuanya Sama

Kita Manusia Semuanya Sama
JiwaTenangMindaGembira

Khamis, 12 Mac 2015

Kelebihan bukan Segalanya

Pilih sahabat bukan kerana kelebihannya,
Sebalik kelebihan itu tidak semuanya sempurna.

Bukan pula pada rupanya,
Setiap rupa indah itu tidak kekal selamanya, kian lama akan lesuh dan pudar akhirnya.

Bukan pula pada kekuatannya,
Setiap kekuatan yang ada itu tidak sentiasa ianya kuat,
tidak pula kekuatan itu boleh memakan yang lemah.


Mencari sahabat dan memilih sahabat biar ikhlas dari dasar lubuk hati,
Tanya hati bukan tanya pada nafsu,

Jangan Jadikan Sahabat tempat kita Menyelam sambil minum air,

Setiap adanya kekuatan pasti ada kelemahannya,
Setiap adanya kelemahan pasti ada kekuatannya,

Tidak semua perkara itu indah selamanya,
Ikhlas yang akan menjadikan semuanya indah belaka.

berkawan biar seribu,
kelak susah jangan tinggalkan,
bantu membantu janji setia,
kelak manfaat akhirat mendatang

Ubat diri















Aku suka dihina,
Kerana hinaan itu aku tahu kelemahanku.

Aku suka di caci,
Kerana cacian itu menyedarkan aku tidaklah sesempurna orang lain.

Aku suka dimarahi,
Kerana marahnya itu adalah teguran atas kesilapanku.

Aku suka ditegur,
Agar setiap langkahku perlu berhati-hati.


Tenang

Tekanan perasaan ?
Tekanan jiwa ?
Masalah datang bertubi-tubi tanpa henti?
Dua perkara yang tidak asing sering berlaku dalam hidup kita manusia, bukan?

Sabar..
Tenang..
Redhainya..

Hikmah pasti datang kelak..
Jangan menghukum pada kesalahan kita..

Jadilah seperti air sungai,
Sentiasa mengalir dek halangan batuan dan kayuan menyusuri ruangan sungai,
Air terus mara dan terus mengalir tanpa berhenti.
Jadilah kita seperti air.