Kita Manusia Semuanya Sama

Kita Manusia Semuanya Sama
JiwaTenangMindaGembira

Khamis, 12 Mac 2015

Kelebihan bukan Segalanya

Pilih sahabat bukan kerana kelebihannya,
Sebalik kelebihan itu tidak semuanya sempurna.

Bukan pula pada rupanya,
Setiap rupa indah itu tidak kekal selamanya, kian lama akan lesuh dan pudar akhirnya.

Bukan pula pada kekuatannya,
Setiap kekuatan yang ada itu tidak sentiasa ianya kuat,
tidak pula kekuatan itu boleh memakan yang lemah.


Mencari sahabat dan memilih sahabat biar ikhlas dari dasar lubuk hati,
Tanya hati bukan tanya pada nafsu,

Jangan Jadikan Sahabat tempat kita Menyelam sambil minum air,

Setiap adanya kekuatan pasti ada kelemahannya,
Setiap adanya kelemahan pasti ada kekuatannya,

Tidak semua perkara itu indah selamanya,
Ikhlas yang akan menjadikan semuanya indah belaka.

berkawan biar seribu,
kelak susah jangan tinggalkan,
bantu membantu janji setia,
kelak manfaat akhirat mendatang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda amat bermakna